Sunday, August 8, 2010

ketika aku berjalan seorang diri,
Di lorong yang sepi,
aku terfikir sejenak,
apa yang aku akan jadi suatu hari nanti?
apakah seperti pemuda pemudi yang menjadi sampah masyarakat?
atau seperti graduan2 yang berjaya?

aku ingin membahagiakan orang tua ku,
menjadi kebanggaan suami dan anakku suatu hari nanti,
aku ingin menggengam segulung ijazah & manerima anugerah Dekan,
aku ingin menebus kesalahanku...

tapi bagaimana?

ah,aku rindu mak,
aku rindu ayah,
walaupun aku mendengar suara mereka hari2,
tetap jua wajah yang ingin aku tatap...

setiap kali mak akan berpesan,
belajar la elok2 nak,tanpa ilmu kita x ada pape,
ayah akan berkata,
mengaji baik2,
ayah nak tengok anak ayah berjaya...

nak,mak x kisah walaupun barang kemas mak tergadai,
mak x kisah kalau terpaksa berhutang,
belajar la nak,ambik la peluang yang ada...
hiraukan kata orang,
banggakan keluarga yang telah kamu bina...

ayah,
walaupun macam2 sakit yang ayah hidapi,
ayah tetap bekerja,
membanting tulang 4 kerat untuk membesarkan anak2nya,
walaupun ayah sakit,
ayah x kan cakap pada anak2nya,
walaupun ayah sakit,
ayah x pedulikan kesihatannya...
sudah puas aku merayu,
'ayah,pergi la hospital,jumpa doktor,'
tapi ayah akan cakap
'xpe la,x teruk pun...lenguh2 sikit ja,kalau teruk kena dok hospital pulak,
sapa pulak nak cari makan,mati kat mana2 pun boleh mati'...
Ya Allah,selamatkan ayahku,berilah aku peluang untuk membahagiakan ayah ibuku Ya Allah.....
ayah bekerja dan bekerja,masih x pedulikan sakit & penat lelahnya...
tapi kita sebagai anak?ada kew pikir suma tu?


semalam,7 julai...

'faizah,tadi mak bawak ayah hang pi cek kaki dia,tulang lutut ayah hang dah reput faizah'....

Ya Allah,selamatkan ayahku,sembuhkanlah kaki dia,sembuhkanlah penyakit kencing manis dia,selamatkanlah ayahku dari penyakit lemah jantung....

jatuh air mata aku bila dapat tau suma ni...Ya Allah ujian apa lagi yang kau berikan...
buat sapa2 yang baca,doakanlah ayah aku,aku harapkan jasa baik kalian...

hargailah apa yang telah dilakukan seseorang itu untuk kita,tak semua yang senang akan senang selamanya,x semua yang susah akan perit selamanya....belajar dari kesilapan...



mak,walaupun seringkali membebel,
bebelan itu lah yang akan kita ingat bila dia tak ada nanti,
seorang ibu yang lahirkan kita 9 bulan 10 hari,
yang bertarung nyawa demi kita,
yang banyak mengalirkan air mata kerana kita,
pikirla,
adakah kita menghargai semua itu,
atau membiarkan ibu dan ayah yang membesarkan kita,
yang mendidik kita mengenal dunia,
yang menerima kita apa adanya,
ayah yang mengazankan kita sewaktu baru keluar dari rahim ibu,
jasanya di balas atau masa tuanya dihabiskan di rumah orang tua?

kenanglah ibu bapa selagi masih hidup...mereka bersama kita hanya utk sekali..seperginya mereka...akan terus pergi..jangan biarkan penyesalan itu terlambat...mohonlah ampun dari mereka...Tanpa mereka siapalah kita. Hubungan yang kekal dunia dan akhirat.Sementara mereka masih hidup di dunia ni berbaktilah sebaik mungkin kerana kita akan menyesal jika kita tak memulakan dari sekarang.. " Ya Allah..jadikan kami dikalangan anak-anak yang soleh dan solehah..Aminnn "

No comments:

Post a Comment